Laluan Kerjaya Dalam Industri eSukan
6 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 5 Jun 2026, dua orang peserta telah menyertai video Kelas Kesedaran eSukan yang bertajuk Laluan Kerjaya Dalam Industri eSukan. Sesi ini telah memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang kerjaya yang terdapat dalam industri eSukan yang semakin berkembang. Program ini menerangkan pelbagai bidang dalam eSukan bukan sahaja sebagai pemain profesional, malah merangkumi kerjaya seperti pengurus pasukan, pengulas permainan, pencipta kandungan, penganjur acara, pemasaran digital serta bidang teknologi berkaitan.
Melalui sesi perkongsian dan penerangan, peserta dapat memahami kemahiran yang diperlukan, laluan pendidikan serta peluang untuk membina kerjaya dalam industri eSukan secara lebih terancang dan profesional.
Program ini diharapkan dapat membuka minda peserta terhadap potensi industri eSukan serta memberi inspirasi untuk meneroka bidang kerjaya baharu yang berasaskan teknologi dan kreativiti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: